"Yoel Markus", wartawan zionis yang bekerja dengan harian "Israel" Haaretz menyatakan, "tentera zionis melaksanakan pengawasan ketat terhadap kami, untuk tidak menyiarkan jumlah korban tewas di kalangan tentera Israel di Gaza," Sabtu (19/7/2014).
Markus menyatakan dalam Harian Haaretz bahawa, jumlah korban tewas dari kalangan tentera zionis di Gaza, akan mencetuskan revolusi besar di entiti zionis.
"Jika kami dibenarkan melapor korban tewas, akan berlaku revolusi di 'Israel'," tambahnya.
Beberapa hari lalu tentera Israel telah mengumumkan mula melakukan serangan darat terbatas, untuk mencari pelbagai terowong dari Gaza ke sempadan, pasca 11 hari pencerobohan.
Menurut pengakuan zionis, 8 soldadu zionis tewas dan puluhan lain cedera dalam pertembungan dengan perwira Palestin.
Saat ini tentera zionis hanya baru boleh bergerak beberapa puluh meter -Jauh dari target operasi idealnya- dan hanya boleh menghancurkan wilayah jangkauan dekat saja, seperti Syajiah.
Brigade Izzudiin Al-Qassam telah mengumumkan pihaknya berjaya membunuh puluhan tentera zionis dalam rangkaian operasi balasan di Gaza, termasuk menyusup ke garis batas musuh dan menyerang pasukan khusus dalam perangkap yang disiapkan perlawanan. Hal tersebut memukul mental banyak tentera "Israel". Insya Allah.SUMBER
No comments:
Post a Comment