Tuesday 22 July 2014

PM Israel tidak kesal dengan angka korban


MUSLIHAH MOHD AMIR | .
Laman sesawang Al-Qassam hari ini melaporkan serangan besar-besaran yang dilepaskan oleh tentera Israel semalam secara berterusan telah mengorbankan hampir 100 orang awam.

Serangan itu turut dilepaskan di kawasan Al-Rimal yang merupakan kawasan Hospital As-Syifa terbesar di Gaza.

Hospital itu menempatkan ramai mangsa yang cedera dan terbunuh sejak Israel memulakan serangan pada 8 Julai lalu.

Dilaporkan juga seramai lima sekeluarga turut terbunuh dalam serangan udara yang telah dipastikan Kementerian Kesihatan Palestin.

Dua rakyat Palestin yang lain juga disahkan terbunuh dalam serangan di kawasan Al-Rimal itu.

Sementara itu, dalam serangan udara di Beit Lahia di utara Semenanjung Gaza, seorang gadis berusia lima belas tahun turut terbunuh dan lima ahli keluarganya cedera parah.

Di Khan Younis,  serangan udara oleh rejim Israel turut membunuh dua kanak-kanak dan seorang anggota keluarga yang sama pada petang Jumaat lalu.

Laporan ini turut menyebut serangan udara dilepaskan terus menerus hingga ke  daerah perkampungan-perkampungan  Gaza dan kawasan-kawasan perumahan di tengah Semenanjung Gaza.

Sumber perubatan Palestin telah melaporkan hampir 100 rakyat Palestin melibatkan kalangan wanita dan kanak-kanak terbunuh sepanjang kejadian di Shuja'eyya itu pada Ahad lalu.

Menurut kenyataan rasmi Perdana Menteri Israel, sedikitpun tidak merasa kesal dengan angka korban yang begitu tinggi membabitkan nyawa rakyat awam.

Beliau turut mengumumkan tentera Israel akan melakukan serangan berterusan pada masa akan datang. - HARAKAHDAILY 21/7/2014
Penulis ialah pelajar KUIZM yang mengikuti latihan amali di Harakahdaily.

No comments:

Post a Comment