Friday 9 January 2015

Washington: Palestin bukan negara berdaulat

Washington: Palestin tidak layak menganggotai Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), kata seorang pegawai pentadbiran Presiden Barack Obama, semalam.
Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Jen Psaki berkata, Palestin bukan sebuah negara berdaulat dan Washingon tidak mengiktirafnya begitu.
“AS percaya Palestin tidak berhak menerima statut Rome yang menjadi asas penubuhan ICC,” katanya.
Kenyataan itu dibuat selepas Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menerima permohonan Palestin untuk merujuk kes jenayah perang dialaminya kepada ICC.
Jen berkata, Washington juga akan melaksanakan undang-undang yang mengawal dana negara itu kepada penduduk Palestin.
Ia merujuk kepada cadangan AS memotong bantuan kewangan kepada Palestin - bernilai AS$440 juta (RM1.6 bilion) setahun - jika kerajaan negara itu merujuk sebarang kes ke ICC.
Bagaimanapun, untuk nota, AS bukan anggota ICC dan tidak dapat dipastikan sejauh mana ia mempunyai pengaruh menyekat tindakan PBB selepas setiausaha agung badan dunia itu menerima permohonan Palestin kelmarin.
Terdahulu, Palestin mahu merujuk jenayah perang Israel ke atas penduduk Gaza dalam perang 50 hari di wilayah itu tahun lalu.
Sementara itu, Senator Rand Paul semalam mengemukakan usul kepada Kongres untuk membekukan semua bantuan kewangan kepada Palestin walaupun proses di ICC itu baru di peringkat awal - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 January 2015 @ 5:04 AM


PENDUDUK Kem Pelarian Qalandia di Ramallah, Tebing Barat meredah salji lebat ketika kebanyakan kawasan di Timur Tengah dilanda ribut musim dingin, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/22566#sthash.3XIfwsMD.dpuf

No comments:

Post a Comment