Majoriti peluang pekerjaan yang disediakan di Genting Gaza adalah di bawah projek dibiayai agensi antarabangsa seperti UNRWA. |
GENTING GAZA - PALESTIN. Kementerian Buruh Palestin di wilayah Gaza mengumumkan keputusan membekukan program pekerjaan secara sementara akibat kekurangan bajet operasi yang dianggarkan berjumlah AS$17 juta (RM56 juta).
Pengarah di kementerian itu, Abdullah Kelab berkata, program Jedara yang menyediakan peluang pekerjaan kepada 10,000 graduan itu terpaksa ditangguhkan sehingga mempunyai dana mencukupi.
"Seramai 6,000 graduan masih menunggu giliran untuk menandatangani kontrak pekerjaan. Saya menggesa kerajaan perpaduan membiayai dana diperlukan untuk meneruskan program yang bertujuan mengatasi masalah pengangguran di Genting Gaza," jelasnya dipetik Middle East Monitor.
Menurut Pusat Biro Statistik Palestin, hanya 25 peratus daripada kira-kira 30,000 graduan mempunyai pekerjaan dan selebihnya terpaksa menganggur akibat krisis ekonomi yang meruncing di Genting Gaza.
Sekatan haram Israel sejak lebih tujuh tahun lalu turut menyumbang kepada masalah pengangguran di wilayah tersebut.

No comments:
Post a Comment