Tuesday, 30 September 2014

Remaja Palestin Cedera Ditembak Tentera Israel


Diterbitkan: Isnin, 29 September 2014 7:02 PM
Kawasan di sempadan Genting Gaza dan Israel. Foto AFP

BANDAR GAZA (Wilayah Palestin): Seorang remaja Palestin berusia 14 tahun cedera apabila ditembak oleh tentera Israel di utara Genting Gaza pada Isnin.
Pihak perubatan berkata, ia merupakan insiden kedua seumpama itu yang berlaku dalam tempoh 24 jam.
Budak lelaki itu mengalami kecederaan di bahagian kaki selepas ditembak di kampungnya yang terletak berdekatan dengan sempadan Israel, kata jurucakap perkhidmatan kecemasa, Ashraf al-Qudra dalam satu kenyataan.
Di bawah kepungan Israel di negara itu, penduduk di Gaza tidak dibenarkan berada dalam lingkungan 100 meter dari pagar sempadan sekiranya berjalan kaki, atau 300 meter dengan menggunakan kenderaan.
Tentera Israel sering melepaskan tembakan terhadap rakyat Palestin yang berada dekat dengan kawasan itu.
Tentera Israel berkata, pihaknya sedang melihat laporan terbaharu mengenai tembakan yang hanya berlaku selepas sebulan gencatan senjata di antara Israel dan Hamas.
Peperangan selama 50 hari itu mengorbankan lebih 2,140 rakyat Palestin, di mana kebanyakannya adalah orang awam dan 73 orang terbunuh di pihak Israel yang sebahagian besarnya adalah tentera sebelum gencatan senjata berkuat kuasa pada 26 Ogos lalu. - AFP

No comments:

Post a Comment