Tuesday, 11 March 2014

Tentera Zionis tembak mati hakim Jordan


Baitulmaqdis: Tentera Israel semalam menembak mati seorang hakim warga Jordan yang didakwa cuba merampas sepucuk senjata daripada seorang askarnya di pintu sempadan Tebing Barat dan Jordan.

Kejadian berlaku di Allenby ketika hakim berkenaan hendak menyeberang dari Jordan memasuki Tebing Barat. Lelaki itu mulanya didakwa warga Palestin.


Sehubungan kejadian itu, Israel bertindak menutup pintu sempadan berkenaan.

Jurucakap Kementerian Luar Jordan Sabah al-Rafia berkata, pihaknya berusaha mendapat gambaran lebih jelas mengenai kejadian itu daripada pihak berkuasa Israel.


Bapa hakim berkenaan, Alaa Zueter berkata, dia ke mahkamah untuk menemui anaknya tetapi gagal.


“Saya hanya mengetahui dia ditembak mati oleh askar Israel menerusi media,” katanya. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/11

No comments:

Post a Comment