Baitulmaqdis: Tentera udara Israel menyerang Semenanjung Gaza awal pagi semalam untuk hari kedua dalam tempoh tiga hari selepas serangan roket dilepaskan ke arah Israel.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/56375#sthash.JqPPIvyL.dpuf
Perkara itu dinyatakan tentera Israel dalam satu kenyataan.
Serangan berkenaan yang ketiga dilancarkan Israel di Gaza sejak dua minggu lalu seterusnya menimbulkan kebimbangan konfrontasi baru dengan pejuang Palestin.
Dengan setiap kejadian dibuat susulan serangan roket terhadap kawasan di selatan.
Sehubungan itu, kerajaan Israel mengarahkan sempadan Erez dan Kerem Shalom - masing-masing digunakan sebagai laluan manusia dan barangan - ditutup buat sementara waktu.
Hanya kes perubatan dan bantuan kemanusiaan dibenarkan melintasi kawasan berkenaan.
Sumber keselamatan Palestin dan saksi berkata, serangan udara terbabit menyasarkan lokasi latihan Briged Izzudin al-Qassam - sayap bersenjata Hamas - di Beit Lahiya.
Tembakan roket dari Gaza lewat Sabtu itu mengenai kawasan terbuka berhampiran Ashkelon di selatan Israel, namun tiada kecederaan dilaporkan. Lokasi itu turut disasarkan tiga roket pada Rabu lalu yang juga dibalas dengan serangan udara Israel.
Selepas serangan Rabu itu, tentera Israel menggunakan sistem pertahanan Iron Dome di keliling Ashkelon sebagai langkah berjaga-jaga.
Kumpulan baru yang menggelar dirinya Penyokong Negara Islam di Baitulmaqdis mengakui bertanggungjawab bagi semua serangan roket sejak dua minggu lalu terhadap Israel termasuk yang pertama pada 26 Mei lalu.
Kumpulan itu dalam pergelutan kuasa dengan Hamas - kuasa de facto di Gaza- yang turut mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan seperti itu.
Minggu lalu, polis Hamas menembak mati seorang ketua penjihad tempatan ketika operasi dilakukan di Gaza City.
Sejak perang 50 hari musim panas lalu antara Israel dan Hamas di Gaza, tanda-tanda pergolakan dalaman dengan serangan bom yang menyasarkan bangunan awam selain organisasi antarabangsa.
Walaupun tiada pihak mengaku bertanggungjawab, ia dipercayai perbuatan golongan Salafi radikal - yang mengamalkan gaya hidup berdasarkan orang Islam awal - yang tidak takut mencabar Hamas.
Golongan itu menganggap Hamas gagal melaksanakan perundangan Islam selain tidak bersetuju dengan gencatan senjata dengan Israel.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Jun 2015 @ 5:10 AM
No comments:
Post a Comment