Friday 15 August 2014

MPM gesa AS henti sokong Israel


15/08/2014 8:10pm

KUALA LUMPUR - Majlis Pendekar Malaysia (MPM) hari ini menyerahkan satu memorandum kepada Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di sini bagi mengutuk tindakan negara itu menyokong Israel.
Presiden MPM, Tan Sri Omardin Mauju berkata, memorandum dua muka surat itu ditujukan kepada Presiden Barack Obama bagi menuntut Amerika Syarikat supaya berhenti memberi sokongan ketenteraan dan kewangan kepada Israel.
"Kami semua bersatu dalam memberitahu Amerika Syarikat bahawa rakyat Malaysia menentang Israel dan kekejaman yang dilakukannya terhadap rakyat Palestin,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum itu kepada seorang pegawai kedutaan Amerika Syarikat di sini.
Omardin juga menggesa semua rakyat Malaysia supaya memulau produk yang mempunyai kaitan dengan Israel dan meminta mereka melakukan sesuatu bagi membantu perjuangan rakyat Palestin.
Kira-kira 30 anggota MPM berkumpul di hadapan bangunan kedutaan itu di Jalan Tun Razak di sini pada pukul 2.30 petang sambil membawa sepanduk mengandungi mesej yang menyokong perjuangan rakyat Palestin.
Serangan Israel di Gaza sejak 8 Julai lepas menyebabkan hampir 2,000 rakyat Palestin yang kebanyakannya orang awam terbunuh. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0815&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_33.htm#ixzz3AT6DAEck 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment