• Penduduk mengambil bantuan dari kem bantuan kemanusiaan untuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Gaza ketika gencatan senjata lima jam dikuatkuasakan. Foto: AFPPenduduk mengambil bantuan dari kem bantuan kemanusiaan untuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Gaza ketika gencatan senjata lima jam dikuatkuasakan. Foto: AFP

GAZA - PALESTIN. Israel dan Palestin mencapai kata sepakat apabila menguatkuasakan gencatan senjata lima jam bermula malam, semalam.

Media tempatan melaporkan, sejurus tamat gencatan senjata 72 jam yang berakhir 12 tengah malam kelmarin, kedua-dua kumpulan itu menyambung semula serangan di selatan Gaza selama kira-kira 30 minit sebelum berita gencatan senjata lima hari diperolehi.

"Bedilan roket terakhir antara kedua-dua kumpulan itu mengenai sasaran ke kubu masing-masing," menurut laporan itu.

Sementara itu, gencatan senjata terbabit dipersetujui selepas mereka melakukan rundingan tiga hari di Kaherah, Mesir.
Wakil perunding Palestin, Azzam al-Ahmed berkata, rundingan untuk mendapatkan gencatan senjata kekal gagal selepas Israel enggan menerima beberapa syarat yang diminta.

"Mereka enggan menerima permintaan untuk membenarkan aktiviti laut sejauh 12 batu nautika dan membenarkan pembukaan semula lapangan terbang di Gaza. Keputusan untuk membebaskan dua tahanan di Gaza sebagai pertukaran untuk membebaskan semua tahanan Palestin juga ditangguhkan kerana keengganan mereka," katanya. -Al Arabiya