- Salah seoarang rakyat Palestin yang cedera dipindahkan ke ambulans sebelum dibawa ke Turki menggunakan pesawat tentera. - Foto Reuters
ANKARA - TURKI. Turki akan terus menerima rakyat Palestin yang cedera untuk diberikan rawatan di negara itu jika dibenarkan Israel, kata Presidennya, Recep Tayyip Erdoğan.
Memetik laporan Today Zaman, setakat ini Turki telah menerima kira-kira 30 rakyat Palestin yang cedera.
“Kita membawa kira-kira 30 saudara kita di Gaza ke negara kita.
"Mereka menerima rawatan di hospital kita dan mereka akan terus datang selagi kita mendapat kebenaran dari Israel,” katanya.
Sebuah pesawat tentera Turki mendarat di Lapangan Terbang Ankara Esenboğa pada Rabu dengan 18 rakyat Palestin dan waris masing-masing.
Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Ben Gurion, Israel, Rabu lalu.
Rakyat Palestin yang cedera itu termasuk seorang wanita hamil dan lima anaknya.
Sementara Timbalan Perdana Menteri Turki, Besir Atalay berkata, tiada pesakit kritikal yang dibawa namun beliau akui kesukaran untuk memindahkan mereka yang cedera.
“Kesukaran utama dialami ketika memindahkan pesakit. Kita mahu membawa 40 pesakit tetapi kita hanya mampu membawa 18 daripada mereka,” katanya.
Sebelum ini Erdogan mengumumkan pemindahan pertama seramai empat orang selepas memenangi pemilihan Presiden berdasarkan keputusan tidak rasmi
Selepas keputusan rasmi diketahui, Erdogan mengumumkan pula pelancaran koridor udara dalam ucapan kemenangannya, Ahad lalu.

No comments:
Post a Comment