“Perkara itu akan menjadi satu kesilapan besar, kesilapan yang akan memberi kesan buruk kepada Israel dan juga rantau berkenaan. Saya tidak rasa tindakan seperti itu perlu dilakukan,” jelasnya, ketika menjadi tetamu rancangan NBC Today, kelmarin.
Kelly berkata demikian selepas diajukan soalan tentang kemungkinan Israel mengambil tindakan ketenteraan dan melancarkan serangan siber terhadap Teheran, jika perjanjian nuklear Iran dimeterai.
Kerry memberi amaran, jika Kongres gagal meluluskan perjanjian itu, yang dipersetujui pada minggu lalu antara negara-negara kuasa dunia dengan Iran berhubung program nuklear Teheran, perkara itu dibimbangi akan memberi kesan kepada Israel.
“Saya bimbang jika Kongres menolak perjanjian berkenaan, Israel akan dipersalahkan dalam perkara ini.
“Kita juga tidak mungkin dapat mengambil sebarang tindakan ketenteraan ke atas Eropah, China atau Rusia pada masa depan kerana dari awal lagi kita sudah menolak program kita sendiri,” jelasnya.
Kongres AS diberi masa sehingga 17 September ini untuk melulus atau menolak perjanjian berkenaan.
Mengikut perjanjian berkenaan, AS, Kesatuan Eropah dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan menarik balik sekatan ke atas Iran sebagai pertukaran kepada pengawalan program nuklear Iran. – REUTERS