Gaza: Sayap tentera Hamas semalam membuka kem musim panasnya bertujuan menyediakan latihan bertempur kepada 25,000 penduduk di wilayah ini.
Hamas yang menguasai pemerintahan di Gaza, dilapor terbabit secara tidak langsung dalam rundingan dengan Israel untuk mewujudkan keamanan jangka panjang, tetapi pada masa sama bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan berperang sekali lagi dengan rejim Zionis itu.
“Matlamat kem latihan tentera ini ialah melatih penduduk dalam menghadapi pertempuran, baik secara spiritual, intelektual dan fizikal supaya mereka bersedia dan dapat memainkan peranan dalam perjuangan kemerdekaan,” menurut kenyataan yang dikeluarkan Briged Ezzedine al-Qassam, sayap tentera kumpulan itu.
Menurutnya, peserta yang berusia antara 15 hingga 60 tahun akan menghabiskan masa dua minggu menjalani latihan teknik ketenteraan dan menembak menggunakan peluru hidup di samping teknik memberi bantuan perubatan dan menyelamat.
Seperti biasa, aktiviti itu dijalankan secara tersorok.
Kegiatan seumpama itu banyak membantu ribuan penduduk tempatan ketika Gaza menjadi sasaran serangan ganas Israel sepanjang perang 50 hari pada Julai tahun lalu, yang ketiga di wilayah itu dalam masa enam tahun.
Al-Qassam sebelum ini menganjurkan kem musim panas dengan memberi tumpuan kepada acara sukan dan agama kepada kanak-kanak Palestin.
Latihan ketenteraan hanya diadakan sepanjang kem musim sejuk dengan membabitkan remaja berusia 15 hingga 20 tahun.
Aktivis hak asasi manusia menyelar aktiviti itu dengan menyifatkannya sebagai memaksa penduduk Gaza terbabit dalam ketenteraan dan mencabuli hak asasi kanak-kanak.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Julai 2015 @ 5:02 AM
DISYORKAN
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/66218#sthash.KC1da17Y.dpuf
No comments:
Post a Comment