500,000 budak Palestin tidak dapat bersekolah

NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa kira-kira 500,000 kanak-kanak Palestin mungkin tidak bersekolah akibat kekurangan dana dari negara penderma.

Kelmarin, Penyelaras Khas PBB untuk Proses Keamanan Timur Tengah, Nickolay Mladenov berkata, sekolah kendalian Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNRWA) tidak dapat dibuka semula menjelang musim luruh kerana kekurangan dana AS$100 juta (RM381 juta).

""Kekurangan dana akan memberi kesan yang besar kepada golongan tersebut selain menjejaskan kestabilan serta keselamatan di rantau terbabit," katanya dalam Press TV.