Friday 24 July 2015

Tentera Israel tembak warga Palestin di Tebing Barat

KHAMIS, 23 JULAI 2015 @ 3:29 PM

HEBRON: Tentera Israel menembak mati seorang rakyat Palestin dalam satu operasi penahanan di Tebing Barat hari ini, menurut seorang pegawai hospital. Ia adalah pembunuhan kedua dalam tempoh 24 jam. Falah Abu Maria, 50, ditembak di dada di kampungnya Beit Omar, berhampiran bandar selatan Hebron, menurut jirannya. Beliau sebelum itu dilaporkan berjalan di tingkat bawah di rumahnya untuk meninjau apa yang berlaku, apabila secara tiba-tiba tentera menyerbu masuk dan menangkap anaknya, Mohammed. Jurucakap hospital itu berkata, anak Falah yang berusia 24 tahun masih menerima rawatan kerana luka pada kakinya selepas terkena tembakan. Seorang jurucakap tentera Israel berkata, ketika serbuan untuk menahan Mohammed yang dikehendaki kerana disyaki melakukan kesalahan keselamatan, 'tentera telah diserang oleh perusuh ganas'. Katanya, seorang lelaki menyerang anggota tentera sebagai tindak balas kerana menembaknya di anggota badan, dan lelaki yang cedera itu sudah dibawa ke hospital. Seorang anggota tentera juga cedera ringan selepas terkena balingan batu. Insiden menimpa Falah itu sama seperti yang berlaku semalam, berhampiran bandar Jenin, di utara Tebing Barat, di mana tentera menembak mati Mohammed Alawneh, 22, dalam satu pertempuran disusuli serbuan di beberapa buah rumah di kampung Birqin. Alawneh ditembak di dada dan meninggal dunia tidak lama selepas tiba di hospital di Jenin, mengikut sumber perubatan Palestin. - AFP


Khader (tengah) menangis di sisi mayat ayahnya, Falah Abu Maria yang mati ditembak tentera Israel di Tebing Barat, hari ini. - Foto AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/69623

No comments:

Post a Comment