HEBRON, Palestin – Tentera Israel menembak mati seorang warga Palestin dalam satu operasi di Tebing Barat semalam, kata pihak berkuasa hospital yang memaklumkan kes itu sebagai kematian kedua dalam masa 24 jam.
Falah Abu Maria, 50, ditembak di dada di rumahnya di perkampungan Beit Omar di bandar Hebron, selatan Palestin, ujar jirannya.
Pihak hospital memaklumkan anak kepada lelaki tersebut yang berusia 24 tahun sedang menerima rawatan kerana cedera ditembak di bahagian kaki.
Seorang jurucakap wanita tentera Israel pula berkata, ketika satu serbuan untuk menahan seorang suspek yang disyaki melakukan jenayah keselamatan bernama Mohammed, tentera telah diserang oleh perusuh.
Dia berkata, seorang lelaki telah menyerang anggota tentera yang kemudiannya bertindak menembak lelaki itu di bahagian bawah badan. Lelaki yang tercedera tersebut telah dibawa ke hospital.
Menurutnya, dia tidak dapat mengesahkan identiti lelaki tersebut, namun mengakui bahawa suspek yang dikehendaki itu belum ditahan.
“Apabila tentera meninggalkan tempat kejadian, mereka sekali lagi diserang oleh perusuh yang membaling batu dan bata ke arah mereka.
“Tentera kemudiannya membalas tembakan terhadap pelaku utama serangan tersebut,” tambahnya.
Insiden tersebut seakan sama dengan kejadian di bandar Jenin, utara Tebing Barat kelmarin apabila tentera menembak mati Mohammed Alawneh, 22, dalam serbuan ke atas beberapa buah rumah di perkampungan Birqin. – AFP
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0724&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3glDTWOy3
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment