Friday 24 July 2015

Rumah mula dibina di Gaza



AFP - SEORANG penduduk Palestin bekerja di tapak pembinaan rumah di Al-Shejaiya, pinggir bandar Gaza yang musnah akibat perang pada tahun lalu.


GENTING GAZA – Kementerian Perumahan dan Kerja Raya Palestin berkata, pembinaan semula rumah-rumah di Genting Gaza telah bermula selepas lebih setahun tamatnya perang musim panas.
Kementerian itu berkata, pembinaan itu melibatkan rumah-rumah yang rosak ketika perang dan terletak di kawasan kejiranan Shijaiyah di bandar Gaza yang terjejas teruk.
Dianggarkan lebih 18,000 rumah di seluruh Gaza musnah ketika perang yang berlangsung selama 50 hari itu dan mengakibatkan 110,000 penduduk kehilangan tempat tinggal, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Usaha pembinaan semula menjadi perlahan dan terha­lang akibat janji pembiayaan antarabangsa yang tidak ditepati selain perpecahan antara pemimpin Palestin.
Israel kini membenarkan trak-trak yang membawa bahan pembinaan masuk ke Genting Gaza di bawah langkah keselamatan yang ketat.
Rumah pertama yang dibina semua adalah sebahagian dari­pada projek dana Qatari yang akan menyaksikan 1,000 unit rumah dibina semula. – AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0724&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz3glDmhAIl 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment