Monday, 27 July 2015

GIDI paksa penduduk cat warna Israel

Jakarta: Gereja Injili di Indonesia (GIDI) yang bertanggungjawab membakar sebuah masjid di Tolikara, Papua ketika penduduk Islam menunaikan solat Aidilfitri baru-baru ini dilapor mendenda penduduknya yang tidak mengecat kediaman masing-masing dengan bendera Israel.
“Kami didenda Rp500,000 (RM150) jika rumah dan kedai tidak dicat dengan bendera Israel walaupun rumah dan kedai itu milik kami,” kata peniaga Agil Paweloi ketika ditemui wartawan Republika.co.id di tempat penginapan sementaranya di Tolikara, kelmarin.
Menurutnya, GIDI mewajibkan penduduk bandar itu mengecat kediaman mereka dengan warna biru dan putih dengan alasan menyambut ketibaan seorang rahib dari Israel.
Berdasarkan sepanduk yang digantung di ibu pejabat GIDI di Jayapura, seminar yang dianjurkan kumpulan itu dari 15 hingga 19 Julai lalu di Tolikara disertai rahib Israel, Benjamin Berger.
Tindakan mewajibkan mengecat rumah dengan warna Israel dilakukan ke atas semua penduduk, bukan yang beragama Islam sahaja.
“Saya akur dengan arahan itu kerana tidak mahu membayar Rp500,000,” kata Agil. - Republika
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Julai 2015 @ 7:32 AM


Beberapa rumah di Tolikara yang dicat dengan lambang Israel. (Gambar Republikca.co.id)
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/66436#sthash.DJAX42Kf.dpuf

No comments:

Post a Comment