Wednesday 15 October 2014

Bantah lawatan Yahudi ke Masjid al-Aqsa

SEORANG wanita Palestin dihalang memasuki kawasan al-Aqsa, semalam.
Baitulmaqdis: Polis Israel bertempur dengan pemuda Palestin semalam yang membantah lawatan penduduk Yahudi ke kawasan Masjid al-Aqsa, kata seorang jurucakap.
Kejadian selepas solat Subuh itu terjadi ketika penunjuk perasaan mengecam Yahudi ortodoks melawat kawasan yang dianggap suci dalam kalangan penganut Islam dan Judaisme itu.
Jurucakap polis Luba Samri berkata, pemuda Palestin membaling batu dan objek lain ke arah anggota keselamatan.
"Mereka juga membina penghadang jalan raya," katanya.
Apabila polis mula menyuraikan mereka, kata Luba, penunjuk perasaan berlindung dalam Masjid al-Aqsa yang tidak boleh dimasuki polis Israel.
Namun, lawatan penduduk Yahudi ortodoks kemudian berlangsung tanpa kejadian keganasan lanjut.
Kawasan itu memang menjadi lokasi lazim perbalahan di antara polis dan pemuda Palestin.
Rabu lalu kejadian sama berlaku apabila penunjuk perasaan membaling batu dan suar ke arah polis selepas pelawat Yahudi bergerak menghampiri kawasan suci itu selepas cuti umum Israel, Sukkot. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Oktober 2014 @ 5:03 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/1611#sthash.bYxZKGcW.dpuf

No comments:

Post a Comment