Rabu, 23-07-2014 - Dr Abdullah Asy’al, profesor undang-undang, Mesir, memberi amaran bahawa usaha bersungguh-sungguh Mesir bagi menjadi pendamai di antara pergerakan Hamas dan pihak penjajah Zionis, yang sudahpun mendapat perkenan menteri luar negara-negara Arab, sebenarnya bertujuan melucutkan senjata milik pergerakan itu dan memaksa mereka keluar dari Gaza.
Al-Asy’al dalam isyaratnya memberitahu Quds Press bahawa beliau percaya, usaha rejim Mesir itu adalah supaya Hamas melucutkan semua senjata mereka dan menyerahkan Gaza kembali kepada Israel.
Beliau berkata, “Israel bersedia melaksanakan peperangan darat pada hari ini bagi menghapuskan pergerakan Hamas, namun kementerian luar Arab cuba menghalang hal ini berlaku. Cuma syaratnya, Hamas perlu melucutkan senjata, serta keluar dari Gaza dan kembali ke wilayah lain. Kita berada di antara dua pilihan. Hamas perlu menghapuskan Israel bersendirian, ataupun negara Arab terpaksa melucutkan senjata Hamas bagi pihak Israel.”
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : asyraff
No comments:
Post a Comment