Naib Presidennya, Hasri Harun berkata kedapatan usaha-usaha pihak-pihak yang terlibat khususnya stesen radio dan televisyen menggerakkan program sambutan menjelang hari Raya Idulfitri.
“Sesungguhnya Abim berpandangan bahawa pihak berwajib harus peka dan prihatin dengan suasana dan permasalahan terkini yang berlaku khususnya di bulan yang mulia ini.
“Ia termasuklah isu pembunuhan rakyat Islam di Palestin oleh tentera rejim Israel yang amat mendukacitakan seluruh dunia,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Tambahnya, Abim juga menyeru agar kempen digerakkan oleh seluruh rakyat malaysia agar mengurangkan aktiviti hiburan yang mana ia bertujuan untuk menghormati bulan Ramadan yang masih berbaki dan memberikan keselesaan kepada umat islam untuk beribadah dengan tenang sepanjang akhir Ramadan ini.

“Abim juga menarik perhatian agar pihak stesen televesyen supaya sama-sama kita menghormati bulan yang mulia ini di samping menghormati peristiwa yang amat besar dalam sejarah negara, termasuk kehilangan MH370 dan kes terbaru iaitu MH17 yang ditembak di Ukraine,” ujarnya.
Beliau menambah, usaha ini juga bagi sama-sama menghormati saat kesedihan keluarga penumpang pesawat dan keluarga krew terbabit. –HARAKAHDAILY 22/7/2014
No comments:
Post a Comment