Wednesday, 23 July 2014

Lebih 100,000 Palestin jadi pelarian


GAZA CITY 22 Julai - Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) mendakwa bilangan penduduk Palestin yang melarikan diri dari Gaza ekoran serangan Israel ke atas wilayah Palestin itu, ketika ini sudah melebihi 100,000 orang.
"Ini merupakan saat yang begitu genting bagi UNRWA, apabila bilangan pelarian yang mencari perlindungan meningkat dua kali ganda berbanding konflik Gaza pada 2009," kata jurucakap UNRWA, Christopher Gunness dalam satu kenyataan.
UNRWA kini membuka 69 buah tempat perlindungan untuk didiami pelarian terbabit, pada ketika Israel memperhebatkan serangan ke atas Gaza.
Konflik Israel Palestin kali ini merupakan yang terburuk sejak Disember 2009, dengan angka korban akibat serangan ganas Israel sudah melebihi 600 orang. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140723/lu_09/Lebih-100000-Palestin-jadi-pelarian#ixzz38EyFJy5V
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment