Wednesday 23 July 2014

100,000 penduduk Palestin berlindung



AFP
BEBERAPA anggota perubatan menutup beg plastik mengandungi mayat penduduk Palestin termasuk kanak-kanak di Hospital Al-Shifa, Bandar Gaza kelmarin.


BANDAR GAZA - Lebih 100,000 penduduk Palestin mendapatkan perlindungan di 69 buah sekolah yang dikendalikan Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) ekoran serangan tentera Israel di Semenanjung Gaza.
Penduduk-penduduk Palestin itu berlindung daripada serangan udara dan darat tentera Israel yang bermula pada 8 Julai lalu.
Dua wanita termasuk seorang yang hamil terbunuh dalam serangan tentera Israel yang berlaku di Zaitun, timur Gaza semalam.
Jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza berkata, puluhan lagi penduduk Palestin terkorban semalam dan ini menjadikan angka kematian meningkat kepada 587 orang.
Jet-jet pesawat Israel telah membedil lebih 70 sasaran di Semenanjung Gaza termasuk kediaman milik pemimpin-pemimpin sayap tentera pergerakan Hamas, lima buah masjid dan stadium bola sepak.
Bedilan kereta kebal turut memusnahkan beberapa rumah di sepanjang sempadan di timur wilayah Gaza.
Sekurang-kurangnya 19 buah bot nelayan Palestin terbakar selepas ditembak dari kapal laut Israel di Laut Mediterranean.
Dua anggota tentera Israel turut terbunuh di Gaza, kata tentera Israel semalam. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0723&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#ixzz38F6FeHJx 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment