Wednesday 23 July 2014

John Kerry kritik Israel


JOHN Kerry mengadakan pertemuan dengan Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi di Kaherah, semalam bagi membincangkan gencatan senjata Hamas-Israel. - REUTERS
WASHINGTON 22 Julai - Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry dilihat mengkritik Israel ketika berbual semasa rehat seketika antara beberapa temu bual dengan sebuah stesen televisyen.
Portal berita Arab News melaporkan, Kerry dilihat berbual dengan seorang pegawai Jabatan Negara AS, Johanthan Finer melalui alat pembesar suara tentang askar Israel yang terbunuh di Gaza sebelum muncul dalam rancangan politik Fox News Sunday.
"Saya berharap mereka (Israel) tidak merasakan ia satu jemputan untuk melakukan lebih daripada apa yang ada sekarang.
`Ia lebih baik menjadi satu amaran kepada mereka,'' katanya.
Kerry yang kelihatan kecewa kemudian berkata, "Ia merupakan satu operasi yang jelas.'' yang menunjukkan kekecewaannya berhubung kematian orang awam dalam serangan Israel ke atas Gaza.
"Kita perlu pergi ke sana. Saya rasa Jon (Johanthan Finer), kita perlu ke sana malam ini. Saya rasa tidak munasabah mendiam diri sahaja. Mari kita pergi,'' katanya.
Bagaimanapun, apabila pengacara Fox menanyakan Kerry mengenai kenyataan itu, beliau mengulangi hak Israel untuk mempertahankan diri.
Kerry turut menggesa pergerakan Hamas menerima gencatan senjata bagi menyelamatkan nyawa penduduk Palestin.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140723/lu_08/John-Kerry-kritik-Israel#ixzz38ExVf91s
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment