• Bayi berumur lima bulan adalah antara mangsa kekejaman terbaharu rejim Zionis di Gaza.Bayi berumur lima bulan adalah antara mangsa kekejaman terbaharu rejim Zionis di Gaza.

GENTING GAZA - PALESTIN. Laporan terbaharu mendakwa Israel menggunakan bom fosforus putih ketika melancarkan serangan udara dan darat di beberapa kawasan.

Perkara itu didedahkan selepas seorang doktor di Norway mengecam tindakan rejim Zionis kerana menggunakan bom beracun terhadap penduduk Palestin.

Difahamkan, Israel pernah menggunakan jenis bom sama ketika Perang Lapan Hari tercetus pada 2012, menurut Press TV.

Sementara itu, sebuah rakaman video menunjukkan sekumpulan penembak tepat dikerah untuk membunuh orang awam di kawasan kejiranan Shujaiya.

Menurut Gerakan Perpaduan Antarabangsa, seorang penduduk yang mahu pulang ke rumahnya telah ditembak mati tanpa perikemanusiaan.