Wednesday 23 July 2014

Kata dua Ban Ki-moon kepada Israel dan Hamas: Hentikan pertempuran


2014/07/23

BANDARAYA GAZA: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon memberi kata dua kepada Israel dan Hamas supaya menghentikan keganasan di Gaza yang kini sudah meragut lebih 620 nyawa rakyat Palestin.

Berikutan perbincangan gencatan senjata peringkat tertinggi di Kaherah, Ban menuju pula ke Israel bagi menyampaikan sendiri mesej berkenaan ketika konflik selama 15 hari itu tidak menampakkan keredaan.


“Mesej saya kepada Israel dan Palestin adalah sama: Henti bertempur, mula berbincang dan lihat punca utama konflik agar kita tidak terjebak dalam situasi sama dalam tempoh enam bulan atau setahun akan datang,” katanya.

Di Kaherah, Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Kerry membincang cadangan gencatan senjata dengan Presiden Abdel Fattah al-Sisi dan kedua-dua mereka melahirkan harapan agar keganasan akan tamat. - AFP

No comments:

Post a Comment