Baitulmaqdis: Israel tidak akan menghentikan serangan terhadap penduduk Palestin di Gaza sehingga operasi memusnahkan terowong yang digunakan kumpulan pejuang untuk menyerang negara Yahudi itu selesai.
Menteri Kehakiman rejim Zionis, Tzipi Livni yang berkata demikian menolak semua syarat yang dikemukakan Hamas bagi menghentikan serangan.
Menurutnya, sebarang gencatan senjata dalam waktu terdekat tidak akan dicapai selagi operasi belum berakhir.
“Pertama sekali, gencatan senjata tidak akan terjadi sebelum kami menyelesaikan operasi memusnahkan terowong berkenaan.
“Kedua, ia tidak akan terjadi dengan penerimaan sebarang syarat yang diletakkan Hamas,” katanya.
Pegawai Hamas sudah menggariskan beberapa syarat sebelum mereka bersetuju melakukan gencatan senjata.
Antara syarat utama ialah Israel menghentikan kepungan selama lapan tahun ke atas Gaza dan membebaskan tahanan veteran yang ditangkap semula selepas dibebaskan pada 2011. - Reuters
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/23
No comments:
Post a Comment