Wednesday, 25 September 2013

Gaza : Di Ambang Kematian (2)

Artikel | Euromid Observer

Gaza : Di Ambang Kematian (2)


"Sekatan Yang Menyesakkan"

Satu laporan pada bulan Oktober 2011 oleh pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu kepada Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) menyatakan sekatan ke atas Gaza melalui darat, udara dan laut ‘adalah satu penafian hak asasi manusia dan melanggar undang-undang antarabangsa serta menyebabkan hukuman kolektif yang menyekat segala import dan export, termasuk keluar masuk orang ramai ke Gaza dan akses kepada tanah pertanian dan perairan perikanan. Rakyat Gaza tidak dapat menyediakan keperluan kepada keluarga mereka, kualiti prasarana dan perkhidmatan penting semuanya telah merosot’.

Sebelum perlaksanaan pengepungan penuh oleh Israel ke atas Gaza pada 2007, terdapat enam laluan rasmi ke Gaza: Erez, Karni, Nahal Oz, Kerem Shalom dan Sufa (dengan Israel) dan Rafah (dengan Mesir). Sebelum 2007, purata sebanyak 70 trak eksport meninggalkan Gaza setiap hari dan 583 trak bekalan barangan dan kemanusiaan masuk.

Rujuk peta : http://bit.ly/17oHczA

Majoriti barangan melalui Karni, terletak di Utara-Timur Semenanjung Gaza.Karni merupakan saluran utama untuk pengimportan bahan api (seperti untuk penjanaan kuasa dalam Gaza) yang berpusat di Nahal Oz. Sejak Jun 2007 Karni telah ditutup, termasuk Belt Conveyor, mesin penghantar yang menghantar bijirin melalui dinding konkrit berperimeter besar. Sufa ditutup sepenuhnya pada September 2008. Kebanyakan barang-barang yang dibenarkan masuk ke Gaza kini masuk melalui saluran yang lebih kecil di Kerem Shalom yang terletak di titik persimpangan di selatan yang mana hanya sebahagiannya yang berfungsi. Dalam tempoh dua tahun pertama sekatan, secara purata hanya 112 lori setiap hari, satu perlima daripada bilangan sebelumnya yang dibenarkan masuk ke Gaza.

Eksport telah diharamkan sepenuhnya kecuali beberapa penghantaran kecil. Erez di Utara mempunyai kemudahan untuk mengawal masuk sejumlah besar orang yang masuk dan keluar Gaza, tetapi kini hanya berurusan dengan sebilangan kecil pelawat asing seperti pekerja bantuan dan segelintir rakyat Palestin yang dibenarkan atas urusan tertentu, terutamanya rawatan perubatan atau belajar diluar negara.

Ekonomi Gaza tidak dapat mencapai perkembangan dan kemajuan kerana Israel terus menyekat perdagangan luar negera, termasuk dengan Israel, dan urusan pemindahan untuk ke tebing barat atau dari Tebing Barat. Israel menghadkan akses laluan ke tanah pertanian dan perairan memancing, serta terdapat masalah elektrik yang kronik .Kekangan semasa tidak menggalakkan pelaburan, mencegah pertumbuhan yang mampan, dan mengekalkan tahap pengangguran, kekurangan makanan dan pergantungan bantuan.

Walaupun ekonomi Gaza menunjukkan sedikit peningkatan pada kadar purata 16 peratus antara 2011 dan 2012, ia hanya mencerminkan asas yang masih rendah. Ini boleh dikaitkan dengan kombinasi bantuan yang lebih tinggi ,aliran masuk barangan lebih tinggi dari aliran keluar barangan dari Gaza. Sebagai tambahan, pelonggaran sekatan ke atas kemasukan barangan dari Israel selepas serangan Israel ke atas Flotilla Gaza pada pertengahan 2010, dan peningkatan pembelian melalui terowong dari Mesir serta didorong oleh sektor pembinaan yang berkembang sebanyak 40% yang menyumbang kepada hampir 8% kepada pertumbuhan di Gaza 2012. Sektor pembinaan menarik nafas lega mengetahui bantuan bekalan bahan binaan yang akan datang terutamanya melalui terowong dari Mesir (lebih daripada 80% daripada bahan-bahan binaan). Sebelum berlakunya sekatan Israel pada tahun 2007, import purata Gaza melalui sempadan Israel adalah 583 trak, Sebaliknya, purata pada separuh pertama tahun 2013 hanya 270 trak menyebabkan ekonomi Gaza bergantung sepenuhnya kepada Terowong Mesir.

Artikel Asal : Slow Death | The collective punishment of Gaza
has reached a critical stage

Baca juga : Gaza | Di ambang kematian (1) : http://on.fb.me/181xe5G

No comments:

Post a Comment