Friday, 7 March 2014

Penduduk tinggal sehelai sepinggang

Penduduk tinggal sehelai sepinggang
Penduduk hilang tempat berteduh selepas rumah dirobohkan rejim Zionis. 
7 Mac 2014
BAITULMUQADDIS - ISRAEL. Tentera Israel terus galak merobohkan puluhan rumah milik masyarakat Badwi Palestin menyebabkan banyak keluarga kehilangan tempat tinggal.

Kelmarin, beberapa jentolak mengiringi sekumpulan besar tentera Israel bertindak merobohkan kira-kira 35 rumah di kampung al-Zaarura di Negey.

Seorang penduduk berkata, mereka tidak dapat menyelamatkan sebarang harta benda dan diusir keluar sehelai sepinggang.

"Kami diusir dan rumah dirobohkan. Di manakah saya dan anak-anak akan berteduh?," katanya menurut Press TV.

Tindakan merobohkan kediaman terbabit merupakan sebahagian daripada rancangan pembangunan yang dirangka tiga tahun lalu di Britain.

Selain itu, tindakan Israel terbabit adalah bertujuan untuk mengusir rakyat Palestin secara konsisten di Tebing Barat.

No comments:

Post a Comment