Wednesday 2 November 2016

Israel rosakkan kubur di Baitulmaqdis

RABU, 2 NOVEMBER 2016 @ 11:12 AM

BAITULMAQDIS: Beberapa kubur umat Islam di kawasan perkuburan bersejarah bersebelahan Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur, dirosakkan. Pegawai Palestin menyalahkan Pihak Berkuasa Taman dan Alam Semula Jadi Israel dan berkata pemusnahan itu bagi menyediakan ruang untuk pembinaan taman semula jadi. Pihak berkuasa taman Israel memasuki kawasan perkuburan Bab al-Rahma pada pagi semalam diiringi tentera dan memusnahkan kubur di situ. "Kakitangan 'Pihak Berkuasa Semula Jadi Israel', dengan bantuan sekumpulan askar memasuki kawasan perkuburan Bab al-Rahma dan memusnahkan lapan kubur. "Israel mahu menjadikan kawasan perkuburan sebagai taman negara bagi penduduk Yahudi," kata ketua jawatankuasa pemeliharaan perkuburan Islam di Baitulmaqdis, Mustafa Abu Zahra, kepada agensi berita Anadolu. September lalu, Israel mengumumkan rancangan merampas sebahagian kawasan perkuburan untuk dijadikan taman negara, lapor agensi berita Ma'an. Menurut Pengarah Masjid al-Aqsa, Sheikh Omar al-Qiswani, pihak berkuasa Israel mendakwa tanah itu milik Pihak Berkuasa Taman dan Alam Semula Jadi. "Ia cuma dakwaan mereka. Israel tiada asas sejarah atau perundangan untuk menuntut sebagai hak ke atas kawasan perkuburan itu," katanya sambil menambah lokasi itu adalah waqaf dan akan kekal begitu. Terdahulu, pegawai Palestin berkata: "Israel bukan hanya memburu umat Islam yang masih hidup tetapi orang yang sudah mati juga tidak selamat. - Agensi

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/208529

No comments:

Post a Comment