28 NOVEMBER 2016
23 ditahan insiden kebakaran di Israel Anggota bomba berjaya mengawal kebakaran di bandar Haifa, utara Israel itu, Jumaat lalu.
TEL AVIV - Pihak berkuasa menahan 23 suspek disyaki ada kaitan dengan insiden kebakaran besar melanda seluruh kawasan tengah dan utara Israel.
Kelmarin, jurucakap polis, Luba Samri memaklumkan jumlah insiden dilaporkan adalah lebih 1,500 kebakaran.
"Ia adalah dua kali ganda daripada jumlah biasa. Kebakaran itu mungkin berpunca daripada kecuaian atau perbuatan khianat," jelasnya.
Terdahulu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu turut menghubungi Presiden Palestin, Mahmoud Abbas untuk mengucapkan terima kasih atas penghantaran bantuan jentera bersama anggota untuk mengawal kebakaran itu.
Khamis lalu, Pertahanan Awam Palestin berpusat di Ramallah, Tebing Barat menghantar lapan jentera pemadam kebakaran sebagai respons terhadap rayuan bantuan Tel Aviv.
Dalam perkembangan berkaitan, puluhan ribu penduduk di bandar pelabuhan Haifa yang dipindahkan telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. - CNN
No comments:
Post a Comment