Sunday 27 November 2016

Polis Palestin bongkar rangkaian seludup tengkorak manusia

DUNIA AHAD, 27 NOVEMBER 2016 @ 10:12 AM



RAMALLAH: Perkhidmatan Keselamatan Palestin (PPS) membongkar rangkaian jenayah membabitkan aktiviti penyeludupan mengerikan di Tebing Barat. PPS menangkap empat anggota rangkaian itu yang pakar dalam mengorek semula mayat dan kemudian menjual tengkorak kepada kumpulan lain untuk kegunaan menghasilkan dadah. Anggota kumpulan dari Hebron dan Jericho itu memiliki tujuh tengkorak manusia ketika ditangkap. Menurut kenyataan yang dikeluarkan PPS, maklumat diterima mengenai sekumpulan lelaki berusia antara 20 dan 35 tahun, dan selepas itu pegawai ditugaskan menyiasat kes itu dan menangkap suspek.

 Kenyataan berkata, pada awalnya pegawai menahan seorang lelaki yang digambarkan paling lemah dalam kumpulan itu, suspek dari Hebron yang kemudian memberi keterangan mengenai rakan subahatnya. Keseluruhan anggota kumpulan ditahan dan disoal siasat, dan mengaku melakukan jenayah itu. Pegawai kanan keselamatan memberitahu kumpulan itu menjual tengkorak yang dapat dikorek dari kubur kepada rangkaian lain untuk digunakan dalam penghasilan heroin.

Beliau berkata, siasatan insentif masih dibuat untuk memburu dan menangkap anggota lain kumpulan itu dalam kes berkenaan. Siri jenayah itu menyebabkan penduduk Palestin di wilayah berkenaan bimbang dengan apa yang mungkin berlaku kepada mayat keluarga dan rakan mereka. Pengguna media sosial juga berkongsi kebimbangan selepas kenyataan dikeluarkan, dan penduduk menuntut anggota rangkaian itu dikenakan hukuman paling berat. Menurut suspek, tengkorak manusia dijual pada harga 15,000 shekel (RM17,313), dengan harga lebih tinggi bagi tengkorak lama. - AGENSI

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/217336

No comments:

Post a Comment