Pihak berkuasa rejim Zionis melepaskan gas pemedih mata ke arah penduduk Palestin. |
Jurucakap hospital memberitahu mangsa berusia 20 tahun itu dikenali sebagai Jihad al-Jaafari.
Menurut Reuters, beberapa saksi di kem pelarian Deheishe di Baitulaham mendakwa penduduk mula membaling batu ke arah tentera Israel selepas mereka menyerbu kawasan tersebut selain turut melepaskan tembakan rambang.
Dalam satu kenyataan lain, pihak berkuasa rejim Zionis berkata mereka terpaksa bertindak sedemikian kononnya untuk mempertahankan diri selepas keadaan menjadi tidak terkawal.
Kelmarin, sekurang-kurangnya tujuh cedera manakala puluhan lagi diberkas selepas tentera Israel melepaskan tembakan dan gas pemedih mata ke arah penduduk di tengah Tebing Barat.
No comments:
Post a Comment