Seorang askar Israel mengacukan senjatanya ke arah penduduk Palestin di perkampungan Kfar Qaddum, Jumaat lalu. |
Menurut penduduk di kem pelarian Aida di utara Baitulaham, sekurang-kurangnya tujuh orang cedera terkena peluru yang dilepaskan tentera rejim Zionis.
Sumber penduduk yang dipetik agensi berita Ma’an berkata, pertempuran tercetus selepas tentera Israel melakukan serbuan di kem berkenaan dengan anjing polis serta gas pemedih mata. Dalam serbuan itu, berpuluh-puluh pemuda Palestin ditahan.
“Tentera Israel juga menyerang ambulans yang cuba sampai ke kawasan ini. Pemandu ambulans itu mengalami sesak nafas selepas diserang menggunakan gas pemedih mata,” kata salah seorang penghuni di kem pelarian tersebut.
Pada 6 Februari lalu, tentera Israel menyerang penunjuk perasaan Palestin yang mengadakan demonstrasi membantah peluasan penempatan haram Yahudi di Ramallah.
No comments:
Post a Comment