DOHA 18 Julai - Pemimpin pergerakan Hamas, Khaled Meshaal hari ini berkata, operasi serangan darat yang dilancarkan rejim Zionis Israel di wilayah Palestin di Genting Gaza ditakdirkan akan gagal.
Kiranya Israel gagal dalam operasinya melalui laut dan udara, maka ia juga tidak akan berjaya dalam operasi (serangan) di darat. Ia berpotensi untuk gagal," kata Meshall yang berada dalam buangan di Doha.
Seorang jurucakap Hamas di Gaza berkata, Israel `akan membayar harga yang mahal kerana melancarkan serangan darat itu dan pejuang Palestin kini sedang bersiap sedia untuk menggempur mereka.
Meshaal berkata, Hamas hanya membuat permintaan yang munasabah, termasuk menuntut pencerobohan Israel dan hukuman kolektif ke atas rakyat Palestin di Gaza dan di Tebing Barat ditamatkan serta menamatkan kepungan di Gaza.
Beberapa orang penduduk Palestin menyatakan berlaku pertempuran di selatan bandar Khan Younis.
Insiden itu turut disahkan beberapa tentera Israel yang mendakwa kawasan itu merupakan salah satu lokasi operasi darat tentera Israel.
Seorang jurucakap tentera Israel memberitahu AFP, tentera Israel telah melancarkan 36 serangan darat dan udara di Gaza sejak serangan darat itu dilancarkan, semalam.
Sejak bermulanya serangan darat oleh Israel sebanyak 25 roket yang dilancarkan pejuang Palestin mengenai Israel tetapi tiada kemalangan jiwa dan 20 serangan lain berjaya dipintas oleh tentera Israel, kata tentera hari ini.
Serangan darat yang dilancarkan Israel dijangka memakan diri dan Hamas akan mengambil kesempatan melakukan penculikan tentera Israel beramai-ramai untuk dijadikan tawar menawar bagi memeras ugut Israel.
Jika mereka melancarkan serangan darat mereka akan memudahkan kami untuk menculik seramai mungkin tentera Israel untuk dijadikan tawaran bagi menamatkan pertumpahan darah dan membebaskan tahanan Palestin seperti yang berlaku sebelum ini," kata jurucakap Hamas, Fawzeh Barhoom, kepada The Daily Telegraph.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140719/lu_05/Hamas-yakin-serangan-darat-Israel-akan-gagal#ixzz37rY5ziQN
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment