Washington: Walaupun selepas melakukan keganasan sehingga membunuh lebih 530 orang di Gaza, duta besar Israel ke Amerika Syarikat, Ron Derme berkata, tentera rejim Zionis itu wajar diberikan Hadiah Nobel Keamanan.
Ketika menyampaikan ucaptama pada Sidang Kemuncak Kesatuan Kristian Untuk Israel di Washington, Derme menyifatkan Iran sebagai ‘Ibu Segala Kejahatan’ dan menuduh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) secara tidak langsung membantu Hamas dalam pertempuran dengan Israel.
“Ada yang menuduh Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai dan cuba menganggap kami penjenayah perang. Namun yang sebenarnya, tentera Israel patut diberi Hadiah Nobel Keamanan kerana berjuang menempuh sekatan yang tidak dapat digambarkan,” katanya, semalam.
Komen yang dibuat Derme itu berikutan kenyataan yang dikeluarkan Menteri Luar Israel, Avigdor Liberman yang menyatakan tentera Israel adalah yang ‘paling berperikemanusiaan dan berani di dunia.’ - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/24
No comments:
Post a Comment