- Duta Palestin ke PBB, Riyad H Mansour menunjukkan bukti kezaliman Israel ketika mesyuarat Majlis Keselamatan PBB di New York. - Foto AFP
Ketua Pengarah PLO, Yasser Abed Rabbo berkata, tuntutan mereka supaya menghentikan pencerobohan dan menarik balik sekatan haram di wilayah ini sebenarnya mewakili suara penduduk serta matlamat utama kepimpinan Palestin.
"Kami yakin Gaza tidak akan berpecah selagi penduduk Palestin terus menyokong perjuangan mereka," katanya.
Kelmarin, Presiden Mahmoud Abbas mendakwa Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa dan nilai moral kemanusiaan susulan insiden serangan besar-besaran ke atas Genting Gaza.
"Kami akan memburu pihak yang bertanggungjawab sehingga mereka dihadapkan ke muka pengadilan," tegasnya.
Menurutnya lagi, usaha Israel untuk melemahkan kerajaan perpaduan Palestin hanya tindakan sia-sia kerana ia tidak langsung menjejaskan kesepakatan mereka, laporan dipetik dari Al-Arabiya.
No comments:
Post a Comment