Dalam tindakan yang memberi kesan terhadap ekonomi Israel, syarikat penerbangan Amerika Syarikat (AS) serta Eropah menghentikan penerbangan keluar atau masuk ke Tel Aviv atas sebab keselamatan selepas roket dari Gaza membedil sebuah rumah yang terletak berhampiran lapangan terbang.
Israel menggesa syarikat terbabit menimbangkan semula keputusan mereka malah mendakwa ruang udaranya selamat.
Seorang pegawai Israel berkata, Perdana Menteri Benjamin Netanyahu meminta Setiausaha Negara Amerika Syarikat John Kerry memastikan penerbangan AS disambung semula.
Seorang pegawai Israel berkata, Perdana Menteri Benjamin Netanyahu meminta Setiausaha Negara Amerika Syarikat John Kerry memastikan penerbangan AS disambung semula.
ASAP memenuhi ruang udara bandar Gaza selepas dibedil tentera Zionis, semalam.
Bagaimanapun, sumber berkata, pentadbiran Obama tidak akan membatalkan keputusan FAA itu atas sebab keselamatan, namun larangan itu akan disemak semula selepas tempoh 24 jam.
Sementara itu, Kerry berada di Mesir manakala Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon di Israel, masing-masing dalam usaha mendapatkan persetujuan gencatan senjata.
Malah sekutu Hamas, Qatar, turut berusaha mencari jalan penyelesaian.
Israel melancarkan serangan pada 8 Julai lalu untuk menghentikan serangan roket Hamas yang dimulakan selepas tentera Yahudi mengambil melancarkan keganasan terhadap penyokongnya di Tebing Barat selain masalah ekonomi akibat kepungan Israel dan Mesir ke atas Gaza.
Selepas serangan udaranya dilihat gagal mematahkan Hamas, Israel melancarkan pula serangan darat di Gaza Khamis lalu untuk menghapuskan simpanan senjata Hamas dan menghapuskan rangkaian terowong digunakan pejuang terbabit.
Kira-kira 630 penduduk Palestin - kebanyakannya kanak-kanak dan orang awam - maut dalam pertempuran itu termasuk seorang budak berusia tujuh tahun yang dibedil peluru di selatan Gaza awal semalam.
Pada masa sama, 29 tentera Israel dilaporkan terbunuh termasuk seorang pegawai yang ditembak penembak hendap.
Dua orang awam maut akibat terkena tembakan manakala tentera turut mendakwa seorang anggota hilang serta dipercayai mati.
Hamas mendakwa anggota itu dalam tahanannya namun belum menyiarkan gambarnya.
Jurucakap tentera Israel Leftenan Kolonel Parker Lerner berkata: “Kami sentiasa berdepan tentangan di sekitar kawasan terowong. Mereka sering menyerang kami di dalam dan di sekitar terowong.”
Menurutnya, kira-kira 30 pejuang Hamas terbunuh dalam tempoh satu malam menjadikan keseluruhan yang mati 210 sejak pertempuran bermula.
Sayap bersenjata Hamas, Izz el-Deen Al-Qassam berkata, pejuangnya semalam meletupkan bom terhadap pasukan peronda Israel mengakibatkan beberapa askar Yahudi terbunuh.
Kejadian berkenaan bagaimanapun tidak dapat disahkan tentera Israel.
Pada masa sama di Tebing Barat, seorang warga Palestin mati ditembak oleh tentera Israel berhampiran Baitullaham. - Reuters
No comments:
Post a Comment