Thursday 24 July 2014

Leftenan Kolonel Israel antara terbunuh


Gaza: Media Israel semalam mendedahkan, seorang daripada anggota tentera rejim berkenaan yang mati dalam pertempuran dengan pejuang Hamas di kawasan penempatan Naraam di Gaza beberapa hari lalu berpangkat Leftenan Kolonel.

Laman sesawang berita Al-Quds memetik stesen televisyen Israel sebagai melaporkan, kematian Leftenan Kolonel Dolev Kedar (gambar) memberi tamparan hebat kepada Israel.


Kedar mati selepas sepasukan pejuang Hamas yang memakai pakaian seragam tentera Israel menyusup masuk ke daerah Naraam di sempadan Gaza menerusi terowong dan bertempur dengan sekumpulan tentera Israel.

Kedar ditembak mati bersama-sama empat askar Israel yang lain.


Setakat ini, 29 tentera Israel mati dalam keganasan yang dilancarkan Israel ke atas Gaza. Dalam pada itu, seorang lagi askarnya, dilapor hilang. Hamas mendakwa mereka menculik askar berkenaan. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/24

No comments:

Post a Comment