Ramallah: Tentera Israel membunuh dua lelaki Palestin ketika pertempuran di Tebing Barat semalam selepas askar Zionis datang memusnahkan rumah keluarga pejuang yang sedang menjalani hukuman penjara.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/93588#sthash.iX6GhEYf.dpuf
Sekurang-kurangnya tiga lagi penduduk Palestin di kem pelarian Qalandia berhampiran Ramallah turut cedera dalam pertempuran paling sengit sejak tujuh minggu lalu.
Menteri Pertahanan Israel, Moshe Yaalon berkata, kejadian itu tidak akan menjejaskan pendirian Israel terhadap dasar pemusnahan yang diwujudkan semula dengan izin Mahkamah Agung Israel, tetapi dikritik kumpulan hak asasi manusia yang melihatnya sebagai hukuman kolektif.
Menteri Luar Palestin Riyal al-Maliki ketika diwawacara radio Voice of Palestin menyelar kejadian di Qalandia itu dengan menyifatkan menyerlahkan ‘peningkatan keganasan dan pembunuhan oleh Israel.’
Israel mendakwa tenteranya diserang ketika memusnahkan rumah lelaki Palestin yang didakwa membunuh seorang lelaki Israel di Tebing Barat, Jun lalu.
Bercakap kepada Radio Israel, Yaalon mendakwa: “Memang askar kami mendapat tentangan di Qalandia, tetapi unit tentera yang ditugaskan melaksanakannya dengan profesional.
“Ia turut berjaya memenuhi misinya, meletupkan kediaman disasarkan selain menembak empat lelaki yang bersenjata pistol itu.” - Reuters
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 November 2015 @ 7:10 AM
No comments:
Post a Comment