Thursday 21 January 2016

Doktor UK minta Israel dikeluarkan daripada WMA


Wakil doktor Israel, Zeev Feldman berkata, sejumlah 71 doktor di UK mula memberi tekanan kepada WMA untuk membatalkan keahlian Persatuan Perubatan Israel.
"Ia berikutan dakwaan doktor kami melakukan penyeksaan perubatan ke atas pesakit Palestin," katanya pada mesyuarat Knesset berhubung boikot terhadap institusi akademik Israel semalam.
Jika pengamal perubatan Britain berjaya, rejim Tel Aviv akan dilarang mengambil bahagian dalam persidangan perubatan antarabangsa dan penerbitan jurnal.
Disember lalu, lebih 200 cendekiawan Afrika Selatan mengeluarkan kenyataan mengumumkan sokongan mereka untuk melancarkan boikot akademik ke atas Israel.
Boikot penjualan dan sekatan pergerakan terhadap Israel, yang dikenali sebagai BDS, juga semakin mendapat sambutan di kolej di Amerika Syarikat dan gereja di beberapa tempat di Eropah.
Pergerakan BDS bertujuan menamatkan pendudukan Israel dan penjajahan tanah Palestin. - Agensi

No comments:

Post a Comment