Thursday 21 January 2016

Israel rampas 150 hektar tanah ladang Palestin

 KETUA Perunding Palestin, Saeb Erekat. - Foto Reuters 
KHAMIS, 21 JANUARI 2016 @ 12:44 AM



JERICHO: Israel bakal mengisytiharkan 150 hektar tanah ladang di jajahan Tebing Barat sebagai milik negara, satu tindakan yang disifatkan sebagai rampasan terbesar sejak tahun 2014.
Ketua Perunding Palestin, Saeb Erekat, yang melawat tapak itu semalam berkata, tanah itu dicuri daripada rakyat Palestin.
Tanah ladang itu terletak di selatan Lembah Jordan, di sini dan menurut pemerhati penempatan, Peace Now, tindakan Israel itu adalah yang tervesar selepas rampasan 400 hektar tanah pada tahun 2014.
Unit kementerian pertahanan Israel yang mengendalikan hal ehwal awam di Tebing Barat dikenali sebagai COGAT dalam satu kenyataan berkata, tanah itu sekarang berada di peringkat akhir untuk diisytiharkan sebagai milik negara.
Ia tidak menyediakan perincian lanjut, termasuk siapa yang dianggap pemilik terkini.
Peace Now berkata, tanah itu diambil alih peneroka haram Israel beberapa tahun lalu untuk pertanian. - AFP


No comments:

Post a Comment