Saturday 16 January 2016

Tamatkan penerbangan untuk elak penumpang Israel


PENERBANGAN Kuwait Airways.
WASHINGTON: Kuwait Airways membuat penerbangan terakhir antara New York dan London hari ini, selepas bulan lalu memutuskan untuk menggugurkan laluan itu selepas kira-kira 35 tahun berkhidmat.
Ini berikutan keputusan Jabatan Pengangkutan yang mendapati dasar syarikat penerbangan itu mendiskriminasi rakyat Israel dan memerintahkan amalan itu dihentikan.
Sebaliknya, Disember lalu syarikat penerbangan itu mengumumkan untuk menghentikan terus penerbangan.
Keputusan itu tidak membabitkan tiga penerbangan mingguan tanpa henti antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kennedy di New York dan Bandar Kuwait.
Penerbangan itu tidak terjejas kerana Israel tidak dibenarkan untuk melawat Kuwait dan tidak diberikan visa.
Kes luar biasa itu berpunca daripada aduan warga Israel, Eldad Gatt, yang cuba menempah penerbangan New York ke Lapangan Terbang Heathrow di London pada 2013. Ketika cuba membeli tiket dalam talian, sistem tempahan Kuwait Airways tidak membenarkan transaksi kerana kewarganegaraan Gatti.
Peguam Kuwait Airways berkata petisyen yang difailkan November lalu menjelaskan polisi syarikat penerbangan berkenaan yang berasaskan undang-undang Kuwait.
Ia menghalang syarikat tempatan daripada menjalankan perniagaan dengan warga Israel.
Tegas peguam itu, Syarikat penerbangan tidak mendiskriminasi penumpang yang memegang pasport sah dari negara yang diiktiraf Kuwait dan tidak mendiskriminasi berdasarkan bangsa atau agama. - AGENSI

No comments:

Post a Comment