Portal Mail Online melaporkan, upacara pengebumian Ruqayya Abu Eid diadakan di rumah keluarganya di perkampungan Yatta, selatan Tebing Barat.
Pasukan keselamatan Palestin mengusung mayatnya ke tanah pengebumian, diikuti ahli keluarga dan rakan-rakan yang turut mengibarkan bendera kebangsaan Palestin dan bendera parti Fatah ketika mengiringi perarakan tersebut.
Air mata ibu remaja perem­puan itu, Raida, dapat dilihat ketika jenazahnya disemadikan.
Roqavya didakwa cuba menikam pengawal keselamatan Israel di kawasan penempatan haram Yahudi di Tebing Barat, kelmarin sebelum ditembak mati oleh pengawal terbabit.
Kira-kira 156 penduduk Palestin dan 24 penduduk Israel dipercayai dibunuh akibat keganasan dalam tempoh tiga bulan lalu.
Kebanyakan penduduk Palestin yang mati didakwa kerana cuba melancarkan serangan dan kebanyakan penyerang merupakan golongan muda termasuk remaja.