Wednesday, 27 January 2016

Israel umum pelan baharu

Israel umum pelan baharu

27 JANUARI 2016

 Israel turut merancang untuk membina penempatan haram Yahudi di kawasan strategik E1 di Baitulmaqdis. 

TEL AVIV - ISRAEL. Kumpulan hak asasi manusia, Peace Now mendakwa Israel mengesahkan rancangan untuk membina lebih 150 penempatan haram di Tebing Barat.
Kelmarin, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terbabit mendedahkan pelan kontroversi itu diterima pakai, minggu lalu.
Difahamkan, langkah itu menandakan pembekuan projek pembangunan ditarik balik secara tidak rasmi di wilayah Palestin yang dikuatkuasakan sejak 18 bulan lalu.
Bulan lalu, Peace Now turut membongkar rancangan jahat Kementerian Perumahan Tel Aviv yang mahu membina 55,548 unit penempatan haram Yahudi di Tebing Barat, di mana lebih 8,300 daripadanya akan dibangunkan di kawasan strategik, E1 di Baitulmaqdis.
"Kawasan Maale Adumim dan E1 adalah zon paling sensitif yang berpotensi menghalang usaha penyelesaian dua negara kerana projek penempatan haram tersebut akan membahagikan Tebing Barat kepada dua bahagian, utara dan selatan selain memisahkan Baitulmaqdis," jelas jurucakapnya.
Ketika ini, kira-kira 380,000 pendatang Yahudi tinggi di 135 kawasan penempatan haram di Tebing Barang manakala 200,000 lagi berada di Baitulmaqdis Timur. - AF
P

No comments:

Post a Comment