Thursday, 13 November 2014

Pendatang Yahudi serang masjid

Ramallah: Pendatang Yahudi semalam menyerang sebuah masjid di sini, menyebabkan tingkat pertama bangunan berkenaan terbakar.
Serangan itu dilakukan sebelum Subuh di Kampung Mugahyer, utara Ramallah, kata ketua kampung, Faraj al-Naasan.
Menurutnya, penduduk dan perkhidmatan bomba Palestin berjaya mengawal api dan menyelamatkan tingkat dua masjid berkenaan.
Faraj berkata, dia yakin pendatang haram Yahudi bertanggungjawab melakukannya dan ini bukan kali pertama mereka berbuat demikian.
Dua tahun lalu, sebuah masjid lain di kawasan berkenaan musnah dalam satu serangan kumpulan itu.
“Hanya pendatang Yahudi saja yang akan melakukan seperti ini,” kata ketua kampung berkenaan.
Kejadian itu sudah pasti meningkatkan lagi ketegangan di Tebing Barat yang bermula selepas rejim Israel membenarkan penduduk Yahudi memasuki pekarangan Masjidilharam dengan alasan untuk beribadah dan tindakannya meluluskan pembinaan penempatan baru Yahudi di timur Baitulmaqdis.
Presiden Palestin semalam berkata, lawatan penganut Yahudi ke Masjid al-Aqsa menjadi punca ketegangan itu dan mendakwa tindak-tanduk Israel itu sebagai cubaan untuk mencetuskan perang agama. - AP
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 November 2014 @ 5:04 AM


SEORANG lelaki Palestin menunjukkan kitab suci al-Quran yang terbakar selepas pendatang haram Yahudi menyerang sebuah masjid di Ramallah, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/8675#sthash.bTiXNggv.dpuf

No comments:

Post a Comment