Friday 5 February 2016

Keganasan terbaharu

Keganasan terbaharu

5 FEBRUARI 2016

 Polis Israel bertindak kasar menolak seorang wanita Palestin di pintu masuk utama Baitulmaqdis, kelmarin. - Foto AFP

 RAMALLAH - PALESTIN. Tentera Israel bertindak menyerbu perkampungan di utara Tebing Barat dan mengenakan sekatan di bawah tindakan keganasan terbaharu yang turut menyaksikan lebih 100 pelampau mencemari kesucian Masjid al-Aqsa.
Sekurang-kurangnya 10 penduduk Palestin turut cedera dalam serbuan di Qabatiya berhampiran Jenin, semalam.
Menurut saksi, beberapa penduduk juga ditahan susulan insiden pembunuhan seorang anggota keselamatan.
Dalam satu kenyataan, jurucakap tentera rejim Zionis mendakwa tiga lelaki dari Qabatiya dipercayai menyerang pihak berkuasa dengan pelbagai senjata termasuk pisau di luar kota lama, Baitulmaqdis hingga menyebabkan seorang maut dan beberapa lagi cedera.
Susulan insiden itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengadakan mesyuarat tergempar dan memutuskan untuk memperhebat tindakan kekerasan di Tebing Barat.
Dalam kejadian berasingan, kira-kira 130 pelampau Yahudi diiringi pasukan keselamatan Israel bertindak biadab melakukan tindakan provokasi terancang dengan menceroboh pekarangan al-Aqsa.
Media tempatan melaporkan pihak berkuasa turut mendirikan pos pemeriksaan di pagar utama bagi menghalang penduduk Palestin daripada memasuki kawasan masjid ketiga paling suci bagi orang Islam itu, lapor Press TV.

No comments:

Post a Comment