Friday, 5 February 2016

Israel kepung kampung Palestin


BAITULMAQDIS – Tentera Israel mengepung sebuah kampung di utara Tebing Barat semalam kerana mendakwa lokasi itu menjadi tempat tinggal kepada penyerang Palestin yang melakukan sera­ngan di sini, kata beberapa pegawai.
Tiga lelaki dari Kampung Qabatiya dekat Jenin menyerang polis menggunakan senjata api dan pisau di Bandar Lama di sini kelmarin. Mereka membunuh seorang anggota polis wanita dan mencederakan beberapa orang sebelum ketiga-tiganya ditembak mati.
Menurut polis, tiga pe­nyerang itu didapati memiliki bahan letupan.
Susulan serangan itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu me­ngadakan mesyuarat de­ngan barisan pegawai ke­selamatan ter­tinggi Israel. Mereka memutuskan untuk mening­katkan bilangan polis dan askar rejim Zionis di utara Tebing Barat.
Serangan itu disifatkan media Israel sebagai semakin buruk selepas lebih empat bulan rejim Zionis berdepan serangan pisau, senjata api dan rempuhan kereta oleh penduduk Pa­lestin.
“Tanpa diragui niat utama penyerang yang menggunakan senjata api adalah untuk melakukan serangan le­bih besar,” kata Pesuruhjaya Polis Israel, Roni Al­sheich. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0205&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3zFLqkIb8 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment