Thursday, 4 February 2016

Israel roboh bangunan Palestin

Baitulmaqdis: Tentera Israel memusnahkan 24 bangunan milik penduduk Palestin di Tebing Barat kelmarin, termasuk 10 yang dibiayai Kesatuan Eropah (EU), atas alasan ia dibina secara haram.
Tindakan itu menyebabkan beberapa keluarga yang sudah sekian lama menetap di situ hilang tempat tinggal.
Persatuan Hak Asasi Awam di Israel berkata, kekejaman itu dilakukan di dalam dan sekitar Khirbet Jenbah di selatan Hebron.
Seorang jurucakap EU mengecam tindakan itu dan berkata, 10 daripada bangunan berkenaan didirikan dengan dana agensi kemanusiaan kesatuan itu.
Ketua majlis tempatan kampung bersebelahan, Nidal Younes berkata, 12 keluarga kehilangan tempat tinggal akibat tindakan rejim Zionis itu.
“Secara keseluruhan, rumah yang didiami kira-kira 80 penduduk dimusnahkan,” katanya.
Kumpulan hak asasi manusia berulang kali mencabar tuntutan Israel terhadap kawasan itu dengan mendakwa, tindakan rejim itu mewujudkan zon tentera di wilayah yang dijajahnya adalah haram, kata Sarit Michaeli dari kumpulan hak asasi Israel B’Tselem.
Penduduk berkata, nenek moyang mereka mendiami kawasan itu lama sebelum Israel menjajah Tebing Barat pada 1967. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Februari 2016 @ 9:09 AM


PENDUDUK kampung Jimba di selatan Hebron, Tebing Barat memindahkan barangan milik mereka selepas rumah mereka diroboh tentera Israel, kelmarin.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/112379#sthash.8rb3hSYj.dpuf

No comments:

Post a Comment