Pegawai pihak berkuasa tempatan, Nidal Younes berkata, anggota tentera Israel tiba di lokasi tersebut kira-kira pukul 7 pagi waktu tempatan untuk merobohkan bangunan-bangunan termasuk kediaman yang dibina tanpa permit.
“Sebanyak 12 keluarga terjejas,” katanya.
Penduduk di kawasan itu sebelum ini terlibat dalam rundingan dengan pihak berkuasa Israel berhubung status pemilikan tanah di lokasi tersebut, namun dialog terbabit gagal beberapa hari lalu.
Pihak berkuasa Israel mendakwa, rundingan gagal selepas pemilik bangunan terlibat enggan memberi kerjasama.
Secara keseluruhan, sebanyak 1,000 penduduk bakal terjejas jika 10 kampung lain di kawasan berhampiran turut dirobohkan. – AFP