Warga Palestin berkumpul di pintu sempadan Rafah bagi menanti kebenaran memasuki Mesir. |
GAZA CITY - PALESTIN. Kerajaan Mesir semalam membuka semula sempadan Rafah yang menghubungkan Semenanjung Gaza untuk tempoh tiga hari.
Menurut laporan Reuters, laluan di pintu Rafah adalah satu-satunya akses ke Semenanjung Gaza yang tidak dikawal oleh Israel.
Pengarah Urusan Sempadan pergerakan Hamas, Maher Abu Sabha berkata, laluan itu mula dibuka awal pagi semalam bagi membolehkan kira-kira 15,000 orang yang terkandas untuk masuk atau keluar dari wilayah Palestin.
"Mereka yang sakit dan perlu mendapatkan rawatan serta kes-kes kecemasan akan diberi keutamaan menggunakan laluan itu,” katanya.
Sebelum ini, beribu-ribu rakyat Palestin, termasuk pelajar dan pesakit yang menunggu rawatan, tidak dapat meneruskan perjalanan ke Mesir selepas Kaherah menutup laluan sempadan Rafah dan turut menyebabkan beratus-ratus orang tidak dapat memasuki wilayah berkenaan.

No comments:
Post a Comment